Google
 
Showing posts with label Resipi Pantang Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Resipi Pantang Bersalin. Show all posts

Sunday, June 1, 2014

Ayam Kampung






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, April 2, 2009

Pojar



Pojar? Apa tu? entahlah..resipi ini datangnya dari selatan tanah air. Yang saya tahu orang melaka dan negeri sembilan yang pandai makan pojar. Tak perlu tunggu untuk berpantang sahaja untuk makan pojar. Orang Sihat waalfiat pon boleh makan. Sedap.

Dalam pantang biasanya ada guna asam jawa dan kunyit yang sifatnya sebagai mengecutkan, lada hitam sebagai pemanas, bawang putih dan halia untuk mengeluarkan angin dan bahan makanan yang terdiri daripada daging dan ikan sebagai penambah zat dan memberi tenaga untuk badan.






Bahan-bahan (ditumbuk semua sekali)

Ibu kunyit sebesar ibu jari
1 sd kecil lada hitam
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah
1/2 genggam ikan bilis

2 sudu air asam jawa (pastikan dibancuh dgn air panas)
Gula & garam sebagai penambah rasa

Ikan bilis boleh diganti dengan ikan tenggiri/ ikan merah yang dibakar.

Selamat mencuba.

Steamed Siakap

Another healthy recipe....one of my fav!!! And dont be surprise, this whole fish is MINE!!






Siakap cost me RM 14.oo..but i dont mind at all coz the meat is so fresh!



The key indgredients

Bayam Rebus


We cant eat all vege during pantang...and this is one of best recipe.

Monday, March 23, 2009

Hati dan daging lembu goreng black pepper






Resepi yang satu ini saya amalkan 2-3 kali seminggu selama berpantang. Khasiatnya boleh menambahkan darah dan untuk menambahkan susu badan. It works for me...;)
Tidak rugi mencuba yang penting cuba dapatkan hati dan daging yang fresh dan bukan daging kotak yang kita sendiri tidak tahu dah berapa lama disimpannya di peti sejuk.

(agaknya lembu ni hisap rokok kan coz ada lubang-lubang...kahkahkah)

Bahan menumis

3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1cm halia

Bahan perap

1/2 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh kicap manis

300g daging lembu dicincang
300g hati lembu
(daging dan hati dicuci bersih dengan menggunakan tepung gandung)

1/2 cawan air
sedikit air asam jawa secukup rasa
garam secukup rasa

Daun bawang to garnish

Cara

1. Perap daging dan hati dengan kicap dan lada hitam selama 1 jam.
2. Masukkan minyak jagung sedikit dan tumis bahan-bahan menumis sehingga kekuninggan dan naik bau.
3. Masukkan daging dan hati dan tutup dgn penutup kuali selama 10 minit. Make sure api tidak terlalu panas.
4. Buka penutup dan masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.
5. Sesudah daging empukmasukkan daun bawang dan gaul rata.

Boleh dijamah dengan nasi putih atau roti.


I will get the photo to be posted asap... Tak berpantang pon boleh cuba. Sedap. Yang kelakar nya, bila my mother masak untuk i, my husband pon cuba nak curi-curi i punya...;)