Pojar? Apa tu? entahlah..resipi ini datangnya dari selatan tanah air. Yang saya tahu orang melaka dan negeri sembilan yang pandai makan pojar. Tak perlu tunggu untuk berpantang sahaja untuk makan pojar. Orang Sihat waalfiat pon boleh makan. Sedap.
Dalam pantang biasanya ada guna asam jawa dan kunyit yang sifatnya sebagai mengecutkan, lada hitam sebagai pemanas, bawang putih dan halia untuk mengeluarkan angin dan bahan makanan yang terdiri daripada daging dan ikan sebagai penambah zat dan memberi tenaga untuk badan.
Bahan-bahan (ditumbuk semua sekali)
Ibu kunyit sebesar ibu jari
1 sd kecil lada hitam
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah
1/2 genggam ikan bilis
2 sudu air asam jawa (pastikan dibancuh dgn air panas)
Gula & garam sebagai penambah rasa
Ikan bilis boleh diganti dengan ikan tenggiri/ ikan merah yang dibakar.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment