Google
 
Showing posts with label kuih traditional. Show all posts
Showing posts with label kuih traditional. Show all posts

Sunday, June 1, 2014

Kuih Apam Eno





APam eno...sedappp...terima kasih kak zizah..


Wednesday, October 7, 2009

Seri Muka

Actually this is my very 1st attempt making kuih ni, so agak2 macam jelly texture nyer. Tapi habis jugak, he he he.




Resipi

Bahan A
1/2 kg beras pulut
2-3 cup Santan cair (agak-agak la)
Garam

Bahan B
120g tepung gandum
60g tepung castard
200g gula
3 biji telur
1/2 cup pati daun pandan (dalam 10-12 helai daun pandan)
Santan Pekat


Cara-cara

1. Kukus bahan A sampai padat
2. Bahan-bahan B diblend dan kukuskan

Karipap




Popiah Auntie Zai




Pulut Udang

Sebenarnya saya buat inti cucur badak. Ada lebih saya masak pulut dan jadilah pulut udang. Sebab inti nya sama dengan cucur badak.








Resipi Inti

2 batang serai
Cili kering
Kunyit
Jintan manis
1/2 biji kelapa muda
udang kering

Pulut

Wednesday, July 8, 2009

Karipap pusing

Karipap Pusing

My very 1st attempt buat karipap pusing. Buruk tapi rasa samanya mcm orang berniaga tu. Cuma tak cantik jer. Ok lah for first timer. Memang aku takde seni betul buat kuih cantik-cantik ni coz takde kesabaran. Huhu







Kuih Tiram

Kuih Tradisional Tiram

Bahan-bahan untuk kuih ni adalah lebihan kulit karipap pusing tu sebenarnya. Ha ha ha. Selepas digoreng, saya mandikan dengan gula goreng. Ala-ala menjemukan sebab banyak sangat shortening, coz it actually meant for karipap.




I will definately buat balik kuih tiram using the right recipe.




Friday, May 15, 2009

Serabai Melaka


G
erenti BEST punyer!!! Resipi mak lang eton ku yang terel masak. Apa saja masakan melaka dia memang ada kelasss...perna satu hari mak lang eton bungkus kami nasi kosong dengan sambal ikan bilis dan dibungkus dgn daun pisang makan tepi laut....perrghhhhh sedap giler ok. So...sikit-sikit, dapat la korek resipi-resipi dia. Anyway...bagi sesiapa yang duduk di kepong and pernah makan NASI LEMAK ETON...and itulah kedai pak lang n mak langku... nak tau power ke tak..pergi and try ok...

Ok..berbalik pada serabai melaka ni. Ada banyak jenis serabai dan setiap jenis serabai lain rasa dan lain rupa dan lain resipi. Serabai yang aku maksudkan adalah campuran tepung gandum dan tepung beras di gaul dengan kelapa parut dan bukan santan. Di daerah kampun kelahiran bapaku ni, Masjid Tanah, serabai jenis ini biasanya dijamukan pada kenduri-kenduri arwah dan dimakan bersama pengat durian. Perghhh. Serious, siapa yang makan durian, cubalah resipi ni. Memang sedap. Siapa yang tak makan bolehlah dimakan dengan sira melaka.

Ok jom kita buat serabai.

Kalau kuali tu melekat, boleh guna taktik ni. Ambik sikit daun pisang dan letak minyak sikit dalam mangkuk. Lenyekkan diserata kuali yang puan-puan.




Serabai ni tak payah dibalikkan. Sebab tu bahagian atas putih bahagian bawah hitam. Di alaskan dengan daun pisang. Klasik!!



Pengat Durian.


Resipi

1 bungkus tepung beras (500g)
1 cawan tepung gandum
1 biji kelapa
1/4 paket ragi instant (bancuh air)

Cara-cara

1. Ambil 1/4 daripada 1 paket tepung beras dan campurkan dengan air. Masak di bawah api sederhana panas sehingga menjadi seperti bubur nasi. Sejukkan sebentar.
2. 3/4 paket tepung beras dan tepung gandum disatukan dan dicampur dengan 1 cawan air dan ragi yang telah dibancuh.
3. Campurkan tepung yang dimasak tadi dan masukkan kelapa dan garam.
4. Gaul sebati dan masak di atas kuali dengan api yang perlahan dan tutup kuali.


Enjoy!!!