Google
 

Wednesday, August 13, 2008

Kuih Bangkit/ Sagu disangkakan Biskut Ulat Bulu

Tiba-tiba teringat pulak kuih ulat bulu yang dimakan raya tahun lepas dekat Penang rumah mentuaku. Sedapnya...rapuh..and terus cair di dalam mulut...wah..kene cari ni resipi dia. Cari punya cari, terjumpa lah dalam buku Jurus-Jurus Gitu NCC Jakarta..


Balik je rumah, I picked up my maid and daughter and bawak depa ikut pi kedai cari tepung sagu. Lepas Magrib je terus kami membuatnya and akhirnya......

apsal lembik?? uwaaaa


Macam biskut marie kan...tapi sedap. Rupa-rupanya ni bukan kuih ulat bulu tapi Kuih Bangkit.


Inilah hasilnya selepas di tambah tepung. apa lagi bawak pi opis, habis 1 balang. Depa kata sedap plak tu, tu yang best tuh.

Jom share recipe...

Bahan-bahan:

300g tepung sagu /tepung ubi
2 helai daun pandan
150 g butter
150g gula halus
1 biji kuning telur
50ml Fresh Milk

Cara membuat:

1. Tepung sagu dan daun pandan di goreng tanpa minyak dengan api kecil hingga daun pandan kering. Angkat, sejukkan sebentar.

2. Putar butter hingga putih dan lembut. Masukkan gula, putar rata, tambahkan kuning telur.

3. Campur tepung sagu ke dalam adunan. Kacau rata.

4. Masukkan adunan kedalam piping bag, dengan menggunakan spuit bintang, semprotkan kedalam loyang tipis yg sudah dioles butter dan ditabur tepung.

5. Bakar selama 40 minit....

No comments: